Berhati Hatilah Dengan NGO Baru Ini!!!! Isma dakwa NEGARA-KU promosi liwat

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa gabungan baru NEGARA-KU yg diketuai S.Ambiga mempromosikan liwat secara terbuka melalui perkongsian kartun di Facebook NGO yang dikaitkan dengannnya.

Laman web NGO Melayu itu melaporkan, Projek Dialog pada Jumaat lalu berkongsi karikatur itu di laman sosial yang menurutnya “jelas mempromosikan jenayah liwat”.

ISMA turut mengaitkan beberapa lagi NGO, antaranya Sisters in Islam (SIS), Islamic Renaissance Front (IRF), dan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) yang menurut mereka terlibat “secara langsung atau tidak langsung”.

Ini kerana, menurut ISMA, NGO itu sebahagian daripada rangkaian Projek Dialog.

Ahli jawatankuasa pusat ISMA Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, terdapat kumpulan tertentu yang mendakwa mempertahankan perlembagaan melalui Negara-Ku, namun pada masa yang sama melawan perlembagaan dan Rukun Negara, melalui Projek Dialog.

Laman itu melaporkan, karikatur yang dikongsi Projek Dialog daripada laman Facebook Kris Wilson mendapat komen negatif oleh pengguna kerana budaya liwat atau gay budaya kotor dan merosakkan masyarakat.

Kartun jenaka enam panel itu antaranya menggambarkan seorang individu terkejut melihat aksi liwat dua lelaki dan menegurnya sebagai dosa.

Bagaimanapun seorang daripada mereka menjawab, ia bukanlah dosa jika seseorang itu tidak beragama, lapor Malaysiakini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana