Azwan Ali Mengamuk Di Twitter Lagi?

Lagi kisah Azwan Ali yang berterusan mengamuk di Twitter, tapi kali ini agak melampau hingga mendatangkan kemarahan ramai pihak yang mengikutinya. Dengan beraninya dia mencetuskan kontroversi di twitter dengan menghina juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan.

“SLM. TAK MAIN LA BELI JUADAH KAT BAZAAR RAMADHAN? MOST RASA SAMPAH! MAAF! JUST THE FACTS! SO?”.

Berikutan dengan kenyataan lantangnya di Twitter, ramai yang menyerang dan menghentam rata-rata tak berpuas hati kerana menghina juadah bazaar yang dijual. Kalau mengikut sensiviti masyarakat kita, perkara begini memang akan mengundang kemarahan. Terutama sekali yang melibatkan hidangan atau makanan untuk bulan puasa.

Walaubagaimanapun, Azwan dengan selambanya membalas kritikan mereka dengan kata-kata kesat dan biadap. Azwan juga telah menyekat haters yang mengkritik beliau dan dengan bangganya memberitahu, dia telah mengupah seorang pembantu peribadi yang diupah sebanyak RM3,000 seminggu untuk menyekat kesemua haters beliau.

Ekoran kenyataan biadapnya itu, ada komen yang mempertikaikan ibadah umrah yang telah dibuat oleh Azwan Ali sebanyak 7 kali yang pernah dipukul canang seluruh Malaysia satu ketika dulu. Hmmm...di bulan yang mulia ini, eloklah jika muhasabah diri sikit ya?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana