APA PULA SAKIT ANWAR IBRAHIM KALI INI BILA 8 OGOS NANTI DIA PERLU KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN?

Pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan bagi rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah ditetapkan pada 8 Ogos nanti.

Anwar telah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya oleh Mahkamah Rayuan pada Mac 2014. Sebelum itu, dalam perbicaraan selama 3 tahun yang telah mengalami proses penundaan hampir 70 kali akibat helah dan penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan dibantu oleh peguambelanya, Karpal Singh, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan dengan keputusan hakim yang dipertikaikan.

Kebiasaannya, Anwar Ibrahim akan mencipta cerita dan suasana yang boleh menimbulkan simpati kepadanya. Anwar Ibrahim BESAR KEMUNGKINAN akan jatuh sakit atau mengalami kecederaan. Dan dengan KESAKITAN SERTA KECEDERAAN itu, Anwar Ibrahim akan berlakon seolah-olah dia hampir mati.

Atau paling menarik lagi ialah, dia akan mengupah pakar-pakar perubatan yang sudah tentu dari Barat, khususnya Jerman, Australia, England atau Amerika Syarikat untuk mengesahkan dia seorang tua yang sedang uzur dan tidak layak dibicarakan serta dijatuhi hukuman penjara.

Kesakitan dan keuzuran itu juga akan membolehkan dia tinggal di sel penjara yang diperuntukkan untuk orang sakit yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang tidak dinikmati oleh banduan-banduan yang lain seperti yang berlaku di Penjara Sungai Buluh sewaktu dia dipenjarakan pada tahun 1999 kerana rasuah salahguna kuasa.

Biarpun dia telah disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar, Anwar Ibrahim tidak pernah sehari pun dipenjarakan kerana kesalahan tersebut. Hukuman penjara selama 14 tahun adalah untuk kedua-dua kesalahan tersebut iaitu kesalahan pertama rasuah salahguna kuasa dan kesalahan kedua, meliwat bekas pemandu peribadi isterinya.

Drama Anwar Ibrahim bakal bermula dalam tempoh yang sangat dekat ini....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana