Apa motif Kit Siang putarbelit kenyataan Muhyiddin pasal 13 Mei...?


Siapa saja baca dengan teliti kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 13 Mei semasa Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang,Johor Jumaat pasti merasai ia lebih berbentuk nasihat agar semua pihak jaga betul-betul perpaduan kaum.

Ia nyata bukan satu amaran tetapi satu peringatan agar semua pihak waspada.

Malah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri menilainya suatu peringatan.

Namun otai DAP,Lim Kit Siang cuba main sentimen dan memutar apa yang dikata oleh Timbalan Perdana Menteri itu sebagai satu amaran.

Beliau cuba gambarkan kenyataan Muhyiddin tidak bertanggongjawab.

Malah menuduh beliau pemimpin tidak bermoral bagi amaran sebegitu.

Dakwa Kit Siang dalam tempoh 40 tahun lalu, tiada pun mana mana Menteri Kabinet pernah mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab sedemikian.

Beliau desak supaya diadakan mesyuarat tergempar Kabinet bagi membincangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu.

Tindak tanduk Kit Siang yang over react itu membuatkan ramai pihak hairan dengan motif Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Antaranya ia mendorong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mengeluarkan satu kenyataan Isnin untuk mengulas hal berkenaan.

Beliau menyifatkan perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk memutarbelitkan lontaran Timbalan Perdana Menteri beliau yang bersifat peringatan positif.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana