ANWAR TERSIPU DIBUATNYA......MB Selangor: Khalid hargai sokongan Hadi

25 JUL: “Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh Presiden PAS .@abdulhadiawang untuk terajui Selangor hingga akhir penggal.

“Sokongan oleh Tn Guru .@abdulhadiawang ini amat bermakna kerana sesungguhnya Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik yang stabil.“Saya bersama barisan EXCO Selangor akan terus memastikan slogan PRU 13 “Meneruskan Kecemerlangan” terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan,” itu tiga baris tweet kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui akaun Twitter beliau pada Jumaat.

Khalid membuat kenyataan itu bagi melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan agar beliau terus menerajui Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

Ia sekaligus ibarat dua tamparan dalam satu hari buat partinya PKR, khususnya Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat pada Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid.

Sebelum itu, tamparan pertama untuk PKR dan Anwar pada Jumaat terakhir Ramadan tahun ini datang daripada Abdul Hadi sendiri apabila beliau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai MB Selangor.

Kata Hadi, tiada sebarang masalah dari segi prestasi Khalid selain beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat Selangor.

Abdul Hadi berkata, kecemerlangan perkhidmatan Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuklah mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat sedikit kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Tegas Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Khalid dengan MB baru itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan bahawa Majlis Pimpinan PR menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid turut memaklumkan isteri beliau, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang adalah bakal menteri besar Selangor yang baharu.-bnbbc.my

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana