ANWAR PUNYA HAL LAH NI.....PENGHINAAN PALING BESAR ANWAR IBRAHIM

Dalam sejarah politik, kali ni Anwar mendapat penghinaan terbesar nampak gayanya.

Baru baru ni Anwar telah menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

 Namun perkara yang tidak diduga telah berlaku dimana pada mulanya mesyuarat majlis presiden pakatan dikatakan yelah bersetuju dengan apa yang dihajati oleh Anwar tapi setelah beberapa hari penamaan tersebut, terdengar pula suara Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS mengatakan bahawa tidak ada keperluan untuk menggantikan Khalid memandangkan komitmen beliau menjadi pentadbir negeri.

Semalam pula, satu lagi suara pemimpin tertinggi PAS telah kedengaran dimana, Nik Aziz pula mengatakan perkara sama selari dengan apa yang dikatakan oleh Hadi.

Tapi kenapa PAS kali ni nampaknya menongkah arus dalam keputusan Anwar unyuk menggantikan Khalid Ibrahim? Tidak seperti biasa PAS hanya akan mengikut telunjuk Anwar bagi menentukan keputusan?

Mungkin kepimpinan PAS telah mula merasakan bahawa Anwar sememangnya mementingkan diri sendiri demi kesinambungan politik kekeluargaan yang dibuat oleh beliau.

Langkah Kajang yang dilakukan sebelum ini telah berjaya menipu PAS yang menyangkakan Anwar memang berusaha untuk mendapat tempat bagi menggantikan kerajaan pusat daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Pembangkang.

Tapi jelas bahawa langkah Kajang sebenarnya adalah untuk menggantikan Khalid memandangkan negeri Selangor adalah negeri yang kaya dari sumber ekonomi dan kekayaan ini sebenarnya yang di cita citakan oleh Anwar untuk di faraid bersama keluarga beliau.

Selama ini juga Anwar membohongi PAS dengan mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional merupakan sebuah parti yang dipenuhi dengan kronilisma dimana dalam kerajaan Barisan Nasional hanya orang orang berkepentingan sahaja boleh menduduki atau memperolehi sesuatu.

Tapi jelas kali ini Anwar telah menunjukkan bahawa Anwar sebenarnya yang mencetuskan kronilisma dalam Barisan Nasional semasa beliau berada dalam kepimpinan kerajaan satu masa dulu dan kini sifat tersebut telah dibongkar sendiri oleh beliau.

PAS mungkin selama ini digula gulakan dengan janji janji kosong dimana akhirnya PAS akan dijadikan lembu untuk dicucuk hidungnya dan ditarik kemana mana sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana