Ambiga Peralat ‘Negaraku’ Tak Habis Habis Lagi

Ambiga Sreevanesan semalam melancarkan sebuah pertubuhan baru yg diberi nama ‘Negaraku’. Menurut Ambiga, Negaraku merupakan gerakan rakyat untuk mengambil semula negara ini (people’s movement to reclaim the country).

Objektif ini membawa persoalan besar kerana negara ini bukannya dijajah tetapi diperintah oleh orang Melayu Islam yg menjadi pemilik yg juga penduduk asalnya. Melayu Islam juga membentuk majoriti rakyat negara ini dan rata2nya tidak bersetuju dengan perjuangan liberal Ambiga dan rakan2.
Justeru, apa maksud Ambiga untuk mengambil semula negara ini? Ambiga tidak boleh ‘mengambil semula’ sesuatu yg sememangnya berada dalam hak pemiliknya. Jika Ambiga ingin mengambilnya juga, ia bermakna Ambiga ingin ‘merampas’ sesuatu dari tangan pemilik yg sah.

Dan inilah sebenarnya perjuangan Ambiga iaitu merampas negara Islam ini untuk diubah menjadi sebuah negara baru yg liberal selaras dengan pendirian semua NGO dan pertubuhan yang berkaitan dengannya dan rakan2nya, seperti COMANGO, SUARAM, BERSIH hatta Majlis Peguam dan MKPN serta lain2 lagi.
Dari situlah datangnya ilham untuk menamakan pertubuhan baru ini sebagai ‘Negaraku’, iaitu sebuah negara baru, bukan begitu?

‘Negaraku’ dikatakan turut diendorse oleh 60 NGO dan kumpulan lain. Namun kita sedia maklum bahawa kesemua NGO dan kumpulan ini sebenarnya dianggotai oleh orang2 atau kumpulan yg sama. Angka ‘60’ sengaja dipetik untuk menggambarkan seolah2 ia mewakili jumlah yg ramai.
Malah, penubuhan ‘Negaraku’ ini sendiri adalah sebenarnya untuk mencapai objektif yg sama iaitu untuk menambah satu lagi nama pertubuhan dalam senarai penyokong liberalisasi.

Hakikatnya, Ambiga tidak perlu menubuhkan satu lagi NGO, mahupun menyebut atau menyenaraikan begitu banyak NGO dalam setiap aktivitinya sekiranya benar perjuangannya mendapat sokongan majoriti rakyat. Tindakannya ini hanya mengesahkan bahawa perjuangan golongan liberal tidak mendapat sokongan ramai. Sebaliknya ia hanya berkisar di kalangan muka2 haprak yg sama sahaja setiap kali.
Sebagai seorang yg pernah berusaha untuk mendapatkan campurtangan asing dalam urusan negara, Ambiga tidak layak untuk menyebut negara ini sebagai negaranya, apatah lagi menubuhkan NGO yg menggunakan nama ‘Negaraku’. Ambiga jelas bukan seorang yg setia pada negara kerana sanggup menjemput dan membuka ruang untuk negara ini dijajah semula.
Mungkin juga penggunaan nama ‘Negaraku’ adalah usaha Ambiga untuk menghapuskan imej pengkhianat yg telah tercop didahinya.

Apapun, pilihan nama Negaraku untuk sebuah NGO memperlihatkan agenda yg amat besar lagi licik ke atas negara ini. Namun, biar apa jua nama dan berapa banyak NGO yang ditubuhkan oleh Ambiga dan rakan2nya, percayalah, ia tidak bermakna yg penyokong mereka bertambah.
Negara ini adalah hak kita semua rakyat Malaysia. Menggunakan nama ‘Negaraku’ tidak memberikan Ambiga hak untuk bercakap bagi pihak kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana