Allah Yang Berkuasa.....Kanak-Kanak Hidup Semula Ketika Majlis Pengebumian


RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun 'hidup' kembali ketika upacara pengebumiaannya cukup memeranjatkan.

Kejadian itu berlaku di gereja di Aurora, Zamboanga del Sur, Filipina.

Dalam rakaman itu, seorang kanak-kanak yang berada di dalam keranda untuk dikebumikan kembali bernafas. Berikutan itu ayahnya dengan segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kanak-Kanak itu disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepas mengalami demam selama beberapa hari.

Inspektor Heidil Teelan memberitahu 'The Philippines Star': "Pada Sabtu, doktor dan kakitangan klinik mengesahkan tiada denyutan jantung dikesan pada pesakit dan dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi."

Bagaimanapun, apabila jiran keluarganya mengalihkan penutup keranda yang menutup mayatnya dan mereka melihat badan kanak-kanak tersebut bergerak-gerak.

Teelan menambah: "Kami tidak boleh mengesahkan status kanak-kanak tersebut namun berdasarkan pemerhatian anggota polis sebelum ini dia berada dalam keadaan koma."

Sebaik sahaja kanak-kanak dikesan masih hidup, dia diberikan air dan dibawa ke hospital sebelum pulang ke rumah bersama keluarganya.

Terdapat beberapa kes melibatkan mereka yang telah meninggal dunia bangun ketika majlis pengebumian di serata dunia sebelum ini.

Dalam satu lagi kejadian, tetamu yang hadir pada majlis pengebumian, Brighton Dama Zanthe, 34, berkata, mereka dihantui pengalaman pelik apabila si mati bangun ketika hendak dikebumikan.

Di Lexington Mississippi, Walter Williams juga mencatatkan kes sama, apabila dia yang disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung kembali bernafas pada majlis pengebumian.

Sementara itu, Kalvin Santos pula mencatatkan pengalaman yang tidak kurang anehnya. Dia yang disahkan telah meninggal dunia tiba-tiba bangun dari keranda dan meminta segelas air ketika majlis pengebumiannya di Belem, utara Brazil. Bagaimanapun selepas itu dia disahkan meninggal dunia kali kedua.

Seorang pelayan di Mesir yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pula, dikesan hidup kembali ketika dikebumikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana