Alamakkkk!!!!! Khairy Terima Pangkat Komander Rejimen 508

KUALA LUMPUR 1 Julai -  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini ditauliahkan ke pangkat Kolonel dalam pasukan sukarela Askar Wataniah dan memegang jawatan sebagai Komander Rejimen 508.

Selain itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar ditauliahkan pangkat Kolonel (Kehormat).

Menerusi laman Facebooknya,Khairy mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera di atas pemakaian pangkatnya.

"Terima kasih Menteri Pertahanan & Panglima Angkatan Tentera atas pemakaian pangkat saya pagi tadi. Saya telah menyertai Rejimen 508 sebagai rekrut biasa, menjalani latihan rekrut bersama anggota Wataniah yang lain.

"Justeru pelantikan ini amat bermakna bagi saya dan saya berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik untuk menjaga nama baik Rejimen 508," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana