Ahli Politik Letak Jawatan Selepas Video Menangis Tersebar

TOKYO 11 Julai – Seorang ahli politik Jepun, yang menangis teresak-esak dalam video yang ditonton ramai berhubung kunjungannya ke kolam air panas, hari ini meletakkan jawatannya.

Ryutaro Nonomura, 47, ahli dewan wilayah Hyogo, tidak dapat menahan air matanya dan menjerit secara melulu apabila ditanya pada sidang akhbar minggu lalu mengenai kunjungannya ke kolam air panas itu dengan menggunakan duit rakyat.

Video yang menunjukkan beliau menangis ditonton 2.7 juta orang dan berikutan itu banyak pihak memintanya meletakkan jawatan.

Nonomura mengunjungi kolam air panas 106 kali tahun lalu, dengan menggunakan wang awam dan melaporkannya sebagai aktiviti politik, lapor AP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana