Agenda Sebenar Lawyers For Liberty Bela Mangsa Khalwat Dipertikai

Blog Angin Perubahan hari mempertikai agenda sebenar Lawyers For Liberty (LFL) membela mangsa khalwat yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekitar tengah malam 22 Jun.

“Apakah ini satu cubaan berterusan untuk menidakkan peranan agensi agama menguatkuasakan undang undang syarie bagi mencegah maksiat di negara ini?

“Jika ya, maka ianya sesuatu yang membahayakan untuk keharmonian beragama di Malaysia,” dakwa blog itu.

Menurut blog itu lagi, penafsiran makna ‘khalwat’ yang menjadi pegangan peguam LFL, Latheefa Koya yang mewakili mangsa itu juga mengelirukan.

Latheefa yang juga Pengarah Biro Guaman PKR mendakwa tidak wujud istilah khalwat dalam Islam dan ia hanya dicipta bagi menangani isu maksiat di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

“Tidak ada istilah khalwat sebenarnya yang ada hanyalah berzina dan ia memerlukan empat saksi bagi mengesahkan perbuatan itu, langsung tiada elemen khalwat sebenarnya dalam Islam,” kata Latheefa dilaporkan The Malaysian Insider semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana