Admin Dan Khairy Yakin Argentina Mara ke Final Piala Dunia 2014

KUALA LUMPUR 9 Julai - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin pasukan kegemarannya iaitu Argentina akan melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Belanda pada pusingan separuh akhir pagi ini.

Beliau berkata perlawanan akhir selepas menentang Belanda akan menyaksikan pasukan kegemarannya itu akan menentang Brazil yang dijangka menewaskan Jerman pada pusingan pusingan separuh akhir.

"Kemungkinan Argentina menang Piala Dunia pada tahun ini iaitu ia merupakan satu kepastian.

"Kita boleh menyaksikan Argentina menentang Brazil pada perlawanan akhir pada hari Ahad ini," katanya ketika membuat berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Menteri Belia dan Sukan di sini, semalam.

Disamping itu, beliau turut menjemput agar peminat kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 supaya bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di screen gergasi di Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 13 Julai ini.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu.

"Saya menjemput semua kita akan mengadakan Big Screening Party untuk perlawanan akhir Piala Dunia di KLCC bersama Perdana Menteri kita.

"Kita juga akan menyediakan sahur sekali sambil menyaksikan perlawan tersebut," katanya.

Pada 6 Julai lalu, Argentina dijadualkan akan bertemu Belanda di pentas separuh akhir Piala Dunia mengikut jejak Brazil dan Jerman menerusi kemenangan tipis 1-0 menentang Belgium.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana