ADA pengkhianat dalam negeri Selangor burukkan Institusi Di Raja Selangor

Tengku Muda Selangor Difitnah Murtad - Serangan Ke Atas Institusi Di Raja Selangor Bermula

Tidaklah menjadi satu perkara yang pelik bilamana fitnah Tengku Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad telah disiarkan di sebuah laman web, World News Daily Report.

Dalam keadaan Kerajaan Negeri Selangor sekarang mengalami krisis kepimpinan, mungkin ada pihak yang gilakan jawatan Menteri Besar Selangor akan sanggup menghina DYMM Sultan Selangor dan anakanda Baginda.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini mungkin akan melakukan apa sahaja dalam modes operandi serangan kredibiliti terhadap Institusi Kesultanan Selangor. Ini termasuklah mempertikai kuasa Sultan sehinggalah berkemungkinan sanggup melakukan fitnah. Adakah ini merupakan satu 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move'? Posting berkenaan sudah tidak dapat diakses pagi ini.

Ini gambar yang dikirimkan oleh rakan satu pejabat dengan CTS. Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Muda, Tengku Amir Shah, baru semalam berbuka puasa, bersembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawikh di Masjid Kampung Asam Jawa, Bukit Rotan, Kuala Selangor.

Berdasarkan sumber pihak Istana, Tengku Muda Selangor akan bersembahyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong, hari ini bersemperna Hari Pahlawan. Baginda Sultan Selangor amat murka dengan fitnah yang dikeluarkan dan telah berhubung dengan Ketua Polis Negara untuk mengadakan siasatan segera. Baginda Sultan Selangor juga diberitakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan fitnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana