Penduduk Shah Alam bantah pembinaan pagar keliling tasik...Inilah Kerajaan Selangor?

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dan Shah Alam Park Trust digesa menghentikan segera pembinaan pagar di sekeliling Tasek Barat Shah Alam kerana rancangan itu tidak bertepatan dengan keperluan penduduk kawasan itu.

Pengerusi SALAM Care, Zulkefli Nani berkata, penduduk membantah keras kerja-kerja membina pagar mengelilingi tasik yang menelan belanja RM1 juta itu kerana menyusahkan orang ramai selain menghalang kemudahan dan keindahan tasik itu dimanfaatkan.

"SALAM Care mewakili sebahagian penduduk Shah Alam membantah pembinaan pagar itu yang menyukarkan pengunjung taman khususnya membawa anak OKU, bayi dan warga emas yang berkerusi roda memasuki kawasan taman selain mencacatkan keindahan dan kehijauan kawasan taman," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, dana RM1 juta itu sepatutnya digunakan bagi membaik pulih segala keperluan di Taman Tasik tersebut seperti bangku-bangku dan laluan anak air yang sangat uzur.

Menurut Zulkefli, difahamkan pembinaan Fasa I pagar yang bermula dari Laman Budaya hingga ke Wey World memakan kos sebanyak RM400,000.

Selain itu, bagi Fasa II iaitu mengelilingi Tasek Barat itu dianggarkan sebanyak RM500,000 lagi diperlukan untuk menutup kawasan tersebut.

Katanya, pembinaan tiang pagar ini memusnahkan imej hijau dan keindahan tasik yang dibina lebih kurang 30 tahun yang lalu itu.

Bagaimanapun, ujar Zulkefli jika faktor keselamatan dijadikan alasan pembinaan pagar itu, kerajaan negeri sepatutnya mengambil inisiatif lain seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai pencegahan dan rondaan lebih kerap di kawasan terbabit oleh anggota penguatkuasa MBSA.

Katanya, kedatangan pengunjung ke tasik itu tidak boleh disusahkan kerana ia adalah hak milik warga Shah Alam dan seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keindahan taman itu.

Justeru, kerajaan negeri seharusnya memberi kemudahan untuk rakyat datang dan memasuki kawaan terbabit dengan berkonsepkan 'Open park' yang mengalu-alukan kunjungan dan bukannya dengan pembinaan pagar yang memisahkan masyarakat dengan taman itu.

"Pembinaan pagar ini juga mengurangkan penglihatan ke arah tasik terutama apabila dilihat dari luar taman," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana