Kepala Lembu Depan Rumah RSN Rayer

GEORGETOWN 28 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer dari parti DAP dikejutkan hari ini dengan penemuan satu kepala lembu yang diletakkan dihadapan pagar rumahnya di Jalan Tingkat Tembaga, Island Park, hari ini.

Kepala lembu tersebut mulanya dijumpa oleh isterinya yang ingin menghantar anaknya ke sekolah kira-kira jam 7 pagi dan kemudiannya memaklumkan kepada Rayer sejurus selepas itu.

Menurut Rayer, beliau kemudiannya ke hadapan rumah dan menemui kepala lembu tersebut berada di hadapan pagar rumahnya.

"Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan mengapa. Kita tidak mahu membuat spekulasi,"

"Bagaimanapun, pemilik kedai di depan rumah saya melihat kejadian itu, dan berkata seorang lelaki datang dengan menaiki motosikal dan melemparkannya ke sana," kata Rayer yang dipetik dari Malaysiakini, hari ini.

Rayer kemudiannya memaklumkan akan membuat laporan polis mengenai insiden tersebut, lewat hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana