Carca marba pemilihan PKR... Khalid pulak kena

Carca marba dalam pemilihan PKR terus diperkatakan dan kali ini yang jadi mangsa adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

Pemilihan parti yang bermula sejak Mac sehingga kini tidak ada keputusan rasmi, dan makin kelam-kabut dengan berbagai dakwaan penyelewengan.

Kisah blackout kali kedua ketika proses kiraan undi pemilihan PKR cabang Kuala Selangor awal pagi Khamis hangat diperkatakan.

Apatah lagi dakwaan berlaku kejadian 'blackout' masa kiraan undi di pejabat PKR disahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul.

Menurutnya bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, awal pagi Khamis lalu.

Beliau bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media di Pejabat PKR Jumaat.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya kejadian itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pemilihan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani.

Mengulas mengenai Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, beliau berkata, keputusan itu adalah keputusan yang belum disahkan JPP.

Tetapi beliau berkata, secara tidak rasmi keputusan memang menunjukkan Abdul Khalid tewas kepada lawannya, S. Manikavasagam.

"Tetapi beliau (Abdul Khalid) mendapat undi yang tinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menewaskan penyandang, Mohamed Azmin Ali di peringkat cabang berkenaan," katanya.

Johari berkata pemilihan PKR yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan terpaksa dipanjangkan.

Katanya terdapat lima pemilihan semua PKR dimana tiga akan diadakan pada 28 ini dan dua pada Ogos ini.

"Dengan permintaan, maka kita setuju adakan pemilihan semula ‎tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya," katanya.

JPP juga memaklumkan terdapat tiga calon di kawasan cabang PKR Sepang yang dibatalkan kelayakan kerana melanggar peraturan pemilihan.

"Ketiga ini didapati mela‎kukan tindakan yang melanggar pemilihan seperti mengoyak kertas undi," katanya.

Ini kejadian kedua 'blackout' dalam pemilihan PKR, kejadian pertama melibatkan cabang Batang Sadong di Sarawak April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana