Tuanku Nazrin Sultan Negeri Perak Yang Baharu?

Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Sultan Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dijangka akan ditabalkan sebagai Tuanku Sultan Perak yang baru dalam istiadat pelantikan dan pengisytiharan yang akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.sumber yang rapat dengan Istana menyatakan mesyuarat khas Dewan Negari Perak malam tadi turut memutuskan Raja Iskandar Zulkarnain akan ditabalkan sebagai Raja Muda Perak. Turut dijangka ditabalkan ialah Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Dihilir.

Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negari hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Bagaimanapun, ketulunenan maklumat ini tidak dapat disahkan sehingga kini.

Sementara itu, Bernama melaporkan pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana