Dyana Bagai Bermuka Dua

TELUK INTAN 29 Mei - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong bagaikan berdepan dua calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan di Perak.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, keadaan itu berlaku kerana calon DAP iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bagaikan dua orang yang berbeza bergantung kepada kawasan dia berkempen.

"Ketika berada di kawasan Melayu, dia pakai pakaian tradisi Melayu dan bertudung. Apabila di kawasan bandar pula, dia mengenakan pakaian moden.

"Adakah anda pernah melihat dia memakai tudung ketika berada di pasar yang dikunjungi ramai pengundi Cina?

"Keadaan ini mengelirukan seakan-akan Barisan Nasional (BN) berdepan dua calon yang berlainan," katanya kepada China Press.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana