Chegubard Digantung Keahlian PKR...Inilah Wayang PKR JEr Tu

PETALING JAYA 28 Mei - Aktivis politik dan ahli PKR Badrul Hisham Shaharin digantung keahliannya dari parti tersebut ekoran dakwaan berlaku kepincangan pada pemilihan parti sebelum ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berata, Badrul atau dikenali sebagai Chegubard digantung keahliannya selepas lembaga disiplin parti menyiasat perkara tersebut dan dibentangkan dalam mesyuarat biro politik PKR.

“Sdr Badrul Hisham Shahrin akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Badrul sebelum ini mendedahkan politik kotor dan tidak telus pada pemilihan parti tersebut di beberapa kawasan terutama di Sarawak.

Katanya, kepincangan dapat dilihat di salah sebuah cabang apabila kehadiran ahli mengundi tidak begitu ramai namun kertas undi yang ditanda jauh lebih banyak daripada jumlah kehadiran.

Ujarnya lagi, pengawas pilihan raya di kawasan tersebut turut bertindak berkempen bagi pihak calon yang jelas bertentangan dengan etika pemilihan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana