Wowww....Nicolas Anelka Bakal Sarung Jersi T-Team?

Bekas penyerang Perancis, Nicolas Anelka kini berada dalam radar T-Team.
Ketua Pegawai Operasinya, Syarizan Mohd. Zain berkata, T-Team berminat mendapatkan khidmat bekas bintang Arsenal itu yang dilepaskan pasukan West Bromwich Albion pada 29 Mac lalu.
“Buat masa ini, kita sedang mengadakan perbincangan bersama agen yang juga merupakan abang kepada Anelka.
“Kita berharap dapat bersetuju dengan terma dan syarat kontrak bekas bintang ternama ini dalam masa terdekat kerana mengejar tarikh tutup perpindahan.
“Bagaimanapun, semasa perbincangan terdapat sedikit halangan terutama berhubung kewangan tetapi ia sama sekali tidak menghalang kami dari terus mengejar untuk mendapatkan khidmat Anelka,” katanya hari ini.
Menurut Syarizan, Anelka yang pernah beraksi untuk pasukan Chelsea dan Real Madrid itu sedang menjadi perhatian beberapa kelab dunia selepas berundur daripada pasukan lamanya bulan lalu.
Tambahnya, Kelab dari Brazil, Atletico Maneiro turut melahirkan kesudian mendapatkan tandatangan bekas penyerang ini.
Pihak T-Team memperoleh maklumat daripada agennya, Anelka masih belum menandatangani apa-apa perancangan bersama kelab itu.
“Secara jujur, permintaan gaji yang diminta agennya masih dalam jangkauan pasukan T-Team,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana