Video Pengurus JDT II Tumbuk Muka Pengadil Tersebar


Kekecohan kali ini membabitkan JDT. Dalam perlawanan membabitkan JDT II dan UiTM FC malam semalam, pengadil perlawanan, Sukri, ditumbuk oleh pengurus JDT II.

Insiden tercetus sebaik saja perlawanan tamat. Tindakan pengurus itu dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang didakwa berat sebelah.Dikhabarkan pengurus pasukan JDT II, Onn Jabar tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Gagal menahan perasaan geram, Onn Jabar terus berjalan ke arah Sukri dan terus menumbuk bahagian kiri mukanya.

Penonton juga turut menunjukkan rasa marah kepada pengadilan. Namun, pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan.

Pengadil Sukri Abdul Rahman diiring keluar oleh pihak polis pada jam 11.15 malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana