Unit Amal PAS Pusat SERU UMAT ISLAM Sedekah Al-FATIHAH kepada Mendiang Karpal Singh agar ditempatkan dikalangan SYUHADAH

Sebuah blog yang dikenali dengan nama Unit Amal Profesional PAS telah membuat satu artikel berhubung kematian Karpal Singh dengan menyatakan "Unit Amal menyeru seluruh umat Islam menyedekahkan al Fatihah ke atas mendiang YB Karpal Singh. semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhadah."

Blog itu juga menerangkan bahawa "tidak menjadi kesalahan kita menyedekahkan Al Fatihah ke atas orang Bukan Islam yang meninggal dunia. Ini kerana Islam adalah agama untuk seluruh umat, Islam adalah agama yang adil, Islam adalah agama yang menganjurkan syak wasangka yang baik walaupun terhadap musuh kita. Al Fatihah adalah satu bentuk sedekah kita terhadap sesiapa jua."

Sumber : Lihat Sini Kalau Tak Caya

Fatwa Kebangsaan

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113,“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana