Tahniah...!!! TIAN CHUA berjaya memburukkan kerajaan BN

Kejayaannya dalam arena politik Malaysia sememangnya menyerlah walaupun hanya bermula di atas jalanraya. Antara jasa baktinya yang tidak akan dilupakan ialah beliau berjaya menggigit telinga polis dengan cemerlang sekali dan masih boleh hidup bebas merdeka di bumi Melayu yang tercinta ini.

Selaku orang kuat dalam PKR dan ahli parlimen Batu tugasnya amat mencabar. Mencabar bukan kerana terpaksa menyelesaikan masalah rakyat dalam kawasannya tetapi mengatur strategi bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional secara berterusan siang dan malam. Ucapan massanya sekadar menghasut dan menimbulkan kebencian yang membawa kepada perpecahan Melayu. Namun sibatu ini tetap berjaya dan masih disokong oleh segolongan Melayu yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kepentingan peribadi dan dendam politik.

Seolah-olah tidak ada undang-undang yang mampu menyekat sibatu ini, hari demi hari terus memberikan fokus menghina kepimpinan Perdana Menteri. Terus terang cakap, kalau di Moscow, dah lama hilang dimasukkan dalam guni oleh penganut PUTIN.

Kebelakangan ini sibatu semakin celupar. Apakah pihak berkuasa mahu membiarkan sahaja hasutan demi hasutan yang mampu menimbulkan keadaan tidak tenteram ini. Jangan lepaskan sibatu kali ini. Jangan biarkan orang lain yang tidak berauthoriti mengambil tindakan terhadapnya. Cegahlah sebelum semakin parah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana