Sindiran kehilangan pesawat: Air Asia mohon maaf...Kurang Ajar Betul

Sidang ridaksi majalah Air Asia 3sixty berdepan tindakan displin oleh majikan mereka berikutan penyiaran rencana yang ditafsirkan orang ramai sebagai menyindir kehilangan MH370.

Dalam satu kenyataan media pagi ini, Pengerusi Eksekutif Air Asia Datuk Kamarudin Meranun memberitahu pihaknya meminta maaf berhubung perkara tersebut dan mengarahkan semua naskah majalah di dalam penerbangan itu ditarik balik serta-merta.

Menjelas lanjut, kata Kamarudin, rencana itu dicetak sebelum kejadian kehilangan telah berlaku.

"Dengan rasa kesal yang mendalam, saya ingin memohon maaf..."ujarnya.

Kamarudin, yang merupakan penerbit majalah tersebut berkata mereka akan menangani masalah tersebut supaya tidak berlaku di masa hadapan.

"Tindakan disiplin juga akan dikenakan terhadap anggota sidang ridaksi," katanya.

Sejak semalam pengguna media sosial meluahkan kekesalan mereka terhadap rencana dalam majalah tersebut yang antara lain bermaksud;

"Yakinlah bahawa kapten anda bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak hilang..."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana