SI KAMBING HITAM NI TAK NAK BERPUTIH MATA!!!

IRONIKnya, 'Kambing Hitam' ni sebenarnya putih. Dia tak la sehitam seperti mana yang kita sangkakan sebab keturunan 'Kambing Hitam' ni memang macam tu.

Siapa lagi 'Kambing Hitam' yang dimaksudkan kalau bukan bekas ADUN Kajang yang letak jawatan untuk memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu bertanding sebelum ini.

Demi nak memenuhi nafsu Si Ketua Penipu tu untuk menjadi Menteri Besar, maka Si Kambing Hitam ni sanggup disembelih hidup - hidup tanpa sebarang sebab musabab.

Dia dengan rela hatinya meletakkan jawatan sebagai ADUN sekali gus mengkhianati kepercayaan rakyat serta menghina rakan - rakan lain dalam Pakatan Haramjadah tu.

Semalam, Si Kambing Hitam tu tampil dengan nada yang agak sayu merayu supaya usaha dia disembelihkan tu tidak hanya menjadi sia - sia.

Dia nak lihat pengorbanan dia sebelum ini menjadi kenyataan biarpun bukan Si Ketua Penipu tu yang menjadi ADUN Kajang pada hari ini.

Kata Si Kambing Hitam tu, dia nak 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move' yang telah dirancang oleh Si Rafizi tu sebelum ini direalisasikan oleh puak - puak PKR tu.

 PETALING JAYA: "Keputusan saya bertanding jawatan Naib Presiden PKR adalah untuk memastikan agenda 'Langkah Kajang' dilaksanakan seperti mana yang dijanjikan sebelum ini," kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh.

Dalam erti kata lainnya, dia nak PKR meneruskan usaha untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan orang lain.

Memang itulah yang dirancang dan memang itulah yang hendak dilaksanakan oleh PKR ni sebenarnya. Diorang korbankan Si Kambing Hitam tu untuk membunuh Khalid.

Bagi diorang, korbankan seorang ADUN sudah mencukupi untuk menjustifikasikan tindakan mereka menghina kepercayaan rakyat serta rakan lain dalam Pakatan.

Tapi jangan ingat Si Kambing Hitam tu merelakan diri dia disembelih tanpa mendapat sebarang habuan lain. Kalau tak percaya, tunggu la keputusan pemilihan PKR nanti. Kita tengok, Si Kambing Hitam tersengeh - sengeh je dapat jadi Naib Presiden!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana