Saya yang buat keputusan bukan Anwar....Ini Yang Admin Sokong

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa sebarang keputusan melibatkan negeri ini dibuat olehnya bukan Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, ia ekoran tugasnya sebagai ketua eksekutif yang bertanggungjawab dalam setiap keputusan.

"Ada perkara yang kita bincang. Selepas itu keputusan terletak pada tangan ketua eksekutif.

"Saya tak boleh kata keputusan itu dibuat oleh penasihat...keputusan dibuat oleh Menteri Besar," katanya pada sidang Dun Selangor, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berhubung keperluan jawatan Penasihat Ekonomi ekoram keputusan besar seperti kenaikan gaji Exco dan Adun dilihat tidak merujuk kepada Anwar selaku Penasihat Ekonomi.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh dalam membuat sebarang keputusan.

"Dari semasa ke semasa, kita ada buat perbincangan. Perdana Menteri (PM) pun ada buat perbincangan dengan penasihat-penasihat. Tapi keputusan dibuat oleh PM.

 "Saya boleh jadi terperanjat jika PM kata 'keputusan ini saya buat bersama dengan penasihat'," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana