'SATU SAAT' PUNYA PASAL ANWAR HILANG AKAL!!!

Kalau kita baca kenyataan Si Ketua Penipu tu dalam Merosakkini, memang nampak sangat yang dia marah bila dikritik pasal isu 'Satu Saat' ni.

Dia marah bukan sebab apa. Sebab kenyataan dia tu membuktikan bahawa dia memang sudah hilang akal dan nyanyuk. Tu pasal la dia mengamuk tak tentu arah.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Merosakkini tu, Si Ketua Penipu tu merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam BERNAMA. Kata dia:

 "Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen Weekly.
"Apa yang saya katakan adalah saya akan mengambil masa satu saat untuk mengambil keputusan tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan.
"Kerajaan BN telah merekayasa satu kenyataan dan menyerang dengan tidak merujuk kenyataan sebenar," katanya dalam sidang media hari ini.

Sebenarnya, berita tu disiarkan dalam akhbar Nanyang Siang Pau. Diorang yang sebarkan cerita dari akhbar China tu. Jadi, yang mula - mula sebar cerita tu bukan BERNAMA.

Malah kahbar Nanyang juga turut menyiarkan kenyataan bahawa mereka kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu dalam wawancara tersebut.

 AIDCNews – 10/4/14 – Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau 5 April 2014 menyiarkan artikel yang kecewa dengan sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan isu kehilangan pesawat MH370, 8 Mac yang sepatutnya mendarat di di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Nah!!! Persoalannya, kenapa Si Ketua Penipu tu tak nak salahkan akhbar Nanyang Siang Pau yang keluarkan artikel sedemikian? Kenapa dia masih nak salahkan Kerajaan BN?

Jika Si Ketua Penipu tu rasa yang dia telah dikhianati, kenapa dia tak ambik sebarang tindakan? Kenapa dia tak failkan saman terhadap pihak yang terbabit?

Setakat dia nak meroyan dalam laman portal Merosakkini tu saja buat apa. Tak mendatangkan sebarang faedah lansung. Buat mengabihkan masa je!!!

Realitinya, Si Ketua Penipu tu tak sangka bahawa kenyataan yang dikeluarkan dalam bahasa Cina melalui akhbar China tu akan tersebar di Malaysia. Maka sebab itulah dia hanya sekadar nak mencari alasan yang bukan - bukan!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana