Resolusi Majlis Pendekar Malaysia Merangkumi 4 Aspek Utama

BATU CAVES 12 April - Majlis Pendekar Malaysia (MPM) menggariskan satu resolusi mencakupi 4 aspek utama seperti jati diri, sukarelawan, sebaran maklumat serta penyelidikan dan pemuliharaan sebagai teras di dalam memperjuangkan sosio budaya seni mempertahankan diri nasional.

MPM bersama 500 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah gabungannya menyokong dan bersetuju terhadap Resolusi Majlis Pendekar Malaysia sebagaimana yang terkandung di dalam Memorandum Pendekar Negara yang berkonsepkan manusia dengan manusia ke arah mengikat perpaduan yang sudah wujud sejak sekian lama.

Antara lain resolusi ini bertujuan meningkatkan nilai sosio budaya seni mempertahankan diri negara yang sebenar seperti kreatif, berpengetahuan, bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi,

persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang terkandung pada peradaban, amalan, adat dan kepercayaan semua kaum di Malaysia.

Berikut merupakan 4 aspek utama di dalam Resolusi MPM yang diserahkan oleh Presiden MPM Tan Sri Datuk Wira Omardin Mauju kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Jati Diri

Dalam menjaga hal yang berkaitan dengan peradaban budaya, kaum dan agama serta mempertahankan kedaulatan negara dan pemimpin maka MPM telah merangka bagi dapat dikongsikan kekuatan ini kepada masyarakat keseluruhannya terutama di peringkat awal kanak-kanak iaitu melalui pra-sekolah, peringkat pelajar-pelajar melalui sekolah dan seterusnya kepada peringkat belia melalui Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta persatuan belia seluruh negara. Sekretariat Jati Diri MPM akan ditubuhkan bagi menyusun atur dan menganjurkan beberapa siri program pembangunan yang berbentuk penerangan serta kem jati diri di seluruh negara. Sekretariat yang ditubuhkan ini dikendalikan oleh kalangan ahli-ahli MPM yang pakar dan berpengalaman luas di dalam menerapkan unsur-unsur rohaniah dan jasmaniah kepada masyarakat sasaran serta bertindak bagi mengenal pasti segala keperluan peralatan, kelengkapan dan tempat yang bersesuain terhadap program.

Sukarelawan

Menggembleng lebih 3 juta anak muda di dalam barisan sayap MPM iaitu Satria Muda MPM dan Srikandi MPM bagi membantu masyarakat dengan aktiviti gotong-royong seperti membersih, mengubahsuai dan membaik pulih tempat dan pusat kegiatan orang ramai, rumah-rumah ibadat dan perkuburan serta mempersiapkan mereka sebagai pasukan bantuan pertahanan yang menjadi benteng ketiga negara.

Sebaran Maklumat

Mewujudkan Unit Penerbitan dan Teknologi Maklumat (IT) yang bertindak menerbitkan majalah rasmi MPM yang dinamakan Suara Pendekar dan rangkaian aplikasi Wawasan MPM yang dinamakan 'Apps ONE Warrior'. Ia sekaligus menepati keperluan penyebaran maklumat semasa yang berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti, sejarah, personaliti tokoh, peralatan sokongan, senjata, pengenalan sesuatu aliran atau perguruan di dalam seni mempertahankan diri.

Penyelidikan dan Pemuliharaan

Unit Penyelidikan dan Pemuliharaan ini bertindak bagi menyusun atur dan melaksanakan kerja-kerja penyelidikan di dalam mengenal pasti, mencari dan mengumpul bahan, alatan dan maklumat yang berkaitan dengan seni mempertahankan diri terdahulu di dalam negara. MPM juga akan mewujudkan sebuah Galeri Seni Mempertahankan Diri untuk dijadikan tempat pameran dan penerangan kepada orang ramai tentang bahan, alatan dan maklumat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana