Pooodaaah....'Kami cakap apa yang PM tak beritahu Obama'

Anggota masyarakat sivil yang bertemu Barrack Obama semalam berkata, mereka memberitahu perkara sebenar dalam pertemuan sejam dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu semalam.

Pemimpin kumpulan hak asasi manusia Hakam Datuk S Ambiga, antara yang hadir dalam pertemuan itu, berkongsi dengan Malaysiakini apa yang dibincangkan dalam sesi bersejarah itu.

“Antara isu (dibangkitkan) berhubung politik perpecahan, ekstremisme kaum dan agama, diskriminasi, autoritarianisme kerajaan melalui undang-undang yang menindas, pilihan raya bebas dan adil serta keluhuran perlembagaan...,” katanya.

Juga diketengahkan berhubung pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pembangkang atas alasan hasutan dan Akta Perhimpunan Aman.

Obama, katanya, juga diberitahu bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia mengongkong media.

“Kami jelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah umat Islam yang moderat atau demokrasinya seperti dalam erti kata sebenar,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Malaysia Kini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana