Polis Tahan Lelaki Didakwa 'Superimpose' Gambar Rosmah di Facebook

 KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa memuat naik gambar palsu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor  di laman sosial, Facebook.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata Syed Ahmad Saifullah Hashim, 28, yang merupakan pekerja kedai dobi ditahan selepas polis menyerbu rumahnya di Bandar Universiti Seri Iskandar, Tronoh, Perak pada 12.10 pagi Ahad.

Beliau berkata dalam serbuan tersebut polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan beberapa gajet yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

"Kami percaya dengan penahanan suspek, kes ini dapat diselesaikan," katanya sambil menambah suspek akan ditahan reman hingga 8 April bagi membantu siasatan.

Khairi berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1) Akta Koumunikasi dan Multimedia.

Gambar palsu itu memaparkan, kononnya badan seorang penumpang nahas kapal terbang yang remuk dengan muka Rosmah ditindan (superimpose) di atas gambar berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana