Polis cuba lengkap siasatan terhadap pemilik akaun Facebook...Sendiri buat Sendiri Tanggung...Padan Muka

KUALA LUMPUR: Polis akan cuba melengkapkan kertas siasatan esok bagi membolehkan proses pendakwaan dijalankan terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa menyebarkan gambar mayat yang dipalsukan dengan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berumur 25 tahun itu kini ditahan reman selama tiga hari."Esok hari akhir, kita tengok dulu sama ada kita nak reman atau terus dakwa. Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk melihat tentang beberapa barang kes yang kita rampas.

"Siasatan sedang berjalan sekarang. Kita tengok apa yang berlaku esok. Kita akan cuba siapkan kertas siasatan esok, seterusnya kita akan terus tuduh dia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran eksesais pengambilan khas jawatan konstabel (lelaki/wanita) bagi remaja kaum Cina di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana