Persaingan tiga penjuru Presiden FAM

SULTAN Ahmad Shah akan dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, Tengku Abdullah disebut-sebut bakal memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding selepas Sultan Ahmad Shah dikatakan bersedia mengundur diri bagi memberi laluan kepada anakandanya itu.

Pada masa sama, Tunku Ismail pula dilaporkan menarik diri daripada mencabar jawatan No. 1 dalam badan induk bola sepak negara itu kerana mahu memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak di Johor.

Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam mengesahkan bahawa pertandingan tiga penjuru bakal berlaku bagi merebut jawatan Presiden FAM.

Hamidin berkata, tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

"Lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden. Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lalu.

"Bagaimanapun, ada beberapa calon yang telah menarik diri pada saat-saat akhir atas beberapa faktor.

"Begitupun, ini membuktikan bahawa masih ada ramai pihak ingin menyumbangkan idea dan bersungguh untuk membantu FAM mempertingkatkan bola sepak negara," katanya pada sidang akhbar semalam.

Terdahulu, Sultan Ahmad Shah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir, Tengku Abdullah serta barisan Ahli Majlis FAM.

FAM akan mengadakan pemilihan bagi penggal 2014 hingga 2018 sempena kongres ke-50 badan induk itu pada 25 Mei depan.

Pada Kongres FAM sebelum ini, Sultan Ahmad Shah menang tanpa bertanding manakala Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Annuar digantung selama dua setengah tahun daripada menjawat sebarang jawatan dalam sukan bola sepak selepas melanggar Artikel 88 Statut FAM kerana mengkritik skuad kebangsaan pada April 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana