Penghapusan Diskaun 7% Untuk Komposisi 10%- Tiada Demo Guling Atas Jalan?

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad (PAS) pada sidang DUN Selangor baru-baru ini berkata bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Anehnya, “tikaman” ini disertakan dengan pembinaan rumah mampu milik yang berharga RM42,000.00 sekadar mewakili 10% dari komposisi pembinaan perumahan di Selangor. Manakala 90% lagi adalah terdiri dari rumah yang berharga dari RM100,000.00 hingga RM300,000.00. Apakah ianya satu kebetulan?

Dua strategi, satu hala tuju. Satu perancangan yang licik dan halus.

Tentunya ini adalah berita baik kepada anti-perlembagaan, dan pendakian cita-cita untuk meleburkan hak istimewa Bumiputera seperti yang termaktub subur mekar semarak hijau di Selangor. Sedang di Pulau Pinang, modus operandi mereka berjaya, bila pula mahu melebarkan kekuasaan kan?

Yang sedikit menghairankan, tiada satu pun perancangan gerakan di atas jalanraya dapat kita dengar dari pihak-pihak yang sinonim dengannya. Walhal, kita tahu, segala bentuk bantahan atas nama “demi rakyat” selalunya diterjemahkan dalam bentuk tersebut.

Atau, orang Melayu bukan lagi rakyat di Selangor? atau lebih tepat, tiada lagi “kuasa Melayu” di Selangor?

Tiba-tiba alasan “Orang Melayu tidak boleh lagi bergantung harap kepada subsidi kerajaan” menjadi istiqamah perjuangan. Mungkin juga gara-gara “samikna wa atokna” yang menjadi “wirid harian” mereka.

Apa akan jadi, sekiranya jika kerajaan Persekutuan yang berbuat demikian? Berkatalah Najib Razak “orang Melayu tidak boleh lagi bergantung harap kepada subsidi kerajaan”. Seraya dengan itu, harga petrol dan segala barangan meningkat atas faktor ekonomi “demand and supply”.

Maka bertebaranlah sekelian pejuang kononnya “demi rakyat” di jalanan, sambil merosakkan harta benda awam, dan mengganggu lalulintas. Tidak kurang pula yang mengangkat sepanduk “The world is watching”. Sementelahan, mereka diketuai oleh golongan-golongan yang sangat meminati seni “placard” di Parlimen, dan sepanduk protes di parlimen tidak boleh tidak, menjadi hidangan “launch” “lunch” rakyat Malaysia.

Kembali kepada persoalan asas, apakah kita bakal melihat perkara yang sama dalam isu pemansuhan 7% diskaun pembelian rumah untuk bumiputera dan komposisi 10% pembinaan rumah untuk bumiputera ini?

Kata “demi rakyat”? Atau sekadar berdiam diri kerana politik?

Membela seseorang atau satu kumpulan berasaskan pendirian kumpulan merupakan fahaman ashabiyyah jahiliah yang berasaskan kezaliman.

Petikan Mykmu.net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana