Pemilihan PKR : Tidak Timbul Isu Kroni....Habis Nak Kata Apa Lagi..Inilah PR

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Ismail pada Pemilihan PKR akan datang tidak akan memecahbelahkan parti ekoran isu kroni tidak pernah timbul.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu (PAS) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, pemilihan parti adalah pemilihan terbuka dan tiada halangan kepada mana-mana ahli untuk bertanding pada mana-mana jawatan.

Tidak timbul isu kroni, ia pemilihan yang terbuka. Tiada kekangan dan halangan. Masing-masing ada pandangan tetapi dalam masa sama semua orang boleh bertanding," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, pertandingan antara suami isteri itu perlu dilihat dari sudut luar biasa ekoran Ketua Pembangkang tersebut mungkin mempunyai strategi tersendiri menjelang pemilihan itu.

"Kita perlu lihat dalam situasi yang luar biasa kerana keadaan Anwar sendiri masih tidak tentu dengan keputusan rayuan di mahkamah (kes liwat)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu (PKR) Tian Chua menyelar pengamal media yang 'menghentam' pertandingan antara Anwar dan Azizah dengan menyifatkan sebagai tidak mengerti maksud sebenar politik.

Beliau kemudiannya menyalahkan akta Pertubuhan Pendaftar (RoS) yang menyekat hak kebebasan individu untuk bertanding.

"jangan jadikan kami tidak faham mengenai politik. Mengikut pertubuhan akta pendaftar pertubuhan kemungkinan dia (Anwar) tidak boleh memegang jawatan (dalam parti). Undang-undang ini bersifat politik dan menafikan hak seseorang untuk bersuara dan berorganisasi dan kebebasan bersuara.

"Kami amat tegas dalam menentang undang-undang tidak adil. Anwar sepatutnya meminpin parti ini (PKR).  Kalau media nak main kata suami isteri berlawan dalam politik itu kelakar maksudnya (media) cetek dalam pemahaman politik," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar (BN) Datuk Razali Ibrahim berkata, Pemilihan PKR kali ini sengaja digembar-gemburkan untuk mencetuskan kontroversi bagi mendapatkan perhatian rakyat.

Katanya, pencalonan Anwar dan Azizah pada pemilihan tersebut bagi merebut jawatan Presiden adalah amalan biasa parti tersebut.

"Mereka penuh dengan kontroversi, tiada kontroversi maka ia bukan PKR. Ia dijadikan tanda tanya dan perbualan dikalangan rakyat sebagai punca meneruskan hidup. Jika ia perkara biasa ia menjadi masalah pula kepada mereka'"

"Banyak perkara yang pada kita sebagai pelik tapi biasa bagi mereka seperti pertandingan suami isteri bagi mereka ia perkara biasa. Jika berlaku pada UMNO / Barisan Nasional (BN) ia akan menjadi perkara serius. Perkara main-main seperti ini tidak boleh buat pada UMNO / BN," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana