Pembangkang Patut Cermin Diri Sebelum Dakwa Kerajaan Sembunyi Maklumat Kehilangan MH370

KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas dan diminta cermin diri terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata bukankah ‘jam omega’ juga menjadi misteri sehingga kini yang tidak mampu dirungkai dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat umum.

Menurut beliau dakwaan terbaru Anwar mengenai kehilangan pesawat MH370 bukanlah sesuatu yang baru dan bukanlah perkara yang cukup ajaib untuk diperkatakan dan diperbahaskan.

“Rasa-rasanya misteri jam omega lagi ajaib kerana sepengetahuan saya, ianya masih tidak ditunjukkan kepada umum. Jadi tidak perlulah beliau bercakap secara lanjut mengenai pesawat MH370 itu. Cerminlah diri terlebih dahulu sebelum ghairah membuat pelbagai dakwaaan.

“Saya cukup hairan dan pelik, dalam keadaan dunia termasuklah negara-negara maju pun sama-sama mencari serta sama-sama berusaha merungkai kemelut berkenaan, tidak semena-mena pula Anwar tampil dengan dakwaaan sebegitu rupa,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Fairus seterusnya menambah ulasan serta pandangan oleh Ketua Pembangkang itu tidak ada nilai untuk diperhalusi secara mendalam.

“Bahkan apa yang didakwanya itu hanyalah semata-mata untuk mencari kelemahan kerajaan dalam soal yang dianggap getir dan memerlukan sokongan serta dokongan semua pihak.

“Ini bukannya masalah yang boleh main-main. Apa yang kita hadapi hari ini berhubung kehilangan pesawat MH370 itu sesuatu yang cukup sukar dan ini diakui oleh negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari serta menyelamat. Tetapi bagi saya tidak pelik Anwar sanggup mengeluarkan dakwaan sedemikian rupa,” katanya.

Anwar dilapor menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

“Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana