Panas Ni....MH370: Semua penumpang OK...siasatan kini bertumpu pada juruterbang,pembantu juruterbang dan kru

Banyak sangat spekulasi yang berlegar mengenai punca misteri MH370.Yang paling popular kononnya semua orang atas pesawat itu tidak sedar diri dan ia terbang secara auto-pilot ke Selatan Lautan Hindi setelah melencong dari Laut China Selatan.

Namun setelah 26 hari berlalu penyiasat insiden itu secara rasmi tetap berpegang kepada fakta ia tindakan yang disengajakan oleh seseorang di dalam pesawat.

Ini boleh dibaca dengan jelas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein  Isnin ketika mengumumkan penyebaran transkrip komunikasi terakhir pesawat itu dengan menara kawalan.

Soalan cepumas...ialah siapa dia?

Selasa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi imput yang agak menarik tentang siasatan yang dijalankan oleh pihak polis keatas misteri ini.

 Beliau memberitahu setakat ini  siasatan mendapati kesemua penumpang bebas daripada empat aspek yang disiasat polis iaitu sabotaj, rampasan, masalah peribadi dan psikologi
 
"Siasatan kini tertumpu kepada juruterbang, pembantu juruterbang dan kru.

"Lebih ramai individu akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu siasatan," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur.

Khalid  memberitahu setakat ini seramai lebih 170 orang membabitkan keluarga juruterbang, pembantu juruterbang, kru dan penumpang MH370 sudah direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan masih memfokuskan kepada empat aspek berkenaan.

Semua orang boleh faham bagaimana rumit pihak polis dan penyiasat hendak mencari dalang misteri ini selagi kotak hitam pesawat tidak ditemui.

Namun Ketua Polis Negara itu menjelaskan penyiasatan dijalankan secara terperinci termasuk dari mana datangnya buah manggis yang menjadi salah satu kargo utama pesawat itu.

Katanya polis telah mencari siapa memetik buah itu dari ladanmg di Muar ,siapa membungkusnya dan siapa yang mengurus penangkutannya masuk ke dalam pesawat.

Katanya mereka juga siasat siapa yang menerima buah manggis itu di China,siapa bayar dan berapa.

Katanya itu baru aspek buah manggis saja .Ia sudah cukup untuk menunjukkan berapa ramai polis kena jumpa dan ambil keterangan.

Polis juga menyiasat makanan yang dihidangkan untuk MH370.

Khalid memberitahu polis ada beberapa petunjuk.Namun katanya beliau tidak akan dedahkan apa-apa maklumat mengenainya kerana siasatan masih diteruskan.

Katanya semua orang kena faham memandangkan ia satu siasatan jenayah polis ada maklumat yang tidak dapat dihebahkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana