Panas!!!! Guling kerajaan: Tian Chua disiasat bawah Akta Hasutan dan Sosma

Polis membuka kertas siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Sosma terhadap Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah di Pantai Dalam, Ahad lepas, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.

Dalam ceramah sempena Himpunan Reformasi 2.0 tersebut, Ahli Parlimen Batu itu mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.

"Ini janji saya. Kalau Najib berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.

"Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Malah, Ahli Parlimen itu juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Tian Chua juga dengan angkuh mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan kerana desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.

"Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya.

Polis sudah bersiap sedia mengawal keadaan bagi menghadapi Himpunan 1 Mei di sekitar ibu negara walaupun masih tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur setakat ini.

Mengulas mengenai perhimpunan 1 Mei ini, Khairi Ahrasa berkata, pihaknya meminta penganjur mengemukakan notis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu dilakukan seperti yang termaktub mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

"Kita memang belum dapat apa-apa notis tetapi bersiap sedia mengawal perhimpunan itu secara aman bagi menjamin ketenteraman awam.

"Tolong beri kerjasama untuk menyerahkannya kepada polis dan mengikut peraturan ditetapkan," katanya pada sidang media di pejabatnya IPPKL, sebentar tadi.

Perhimpunan itu dijangka akan dilakukan pada 1 Mei depan di beberapa lokasi sekitar ibu negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana