Pakar motivasi raba payudara,ramai lagi gadis akan tampil ?

Polis masih mengumpul keterangan saksi berkaitan kes pensyarah didakwa mencabul seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

"Kami masih menghimpunkan segala keterangan saksi untuk mendapat gambaran secara terperinci mengenai kejadian itu.(gambar hiasan)

"Selepas proses itu selesai, baru kita buat keputusan seterusnya sama ada perlu panggil atau sebaliknya pensyarah yang dikaitkan dengan kes berkenaan untuk memberi keterangan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, hari ini.

Zull berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau boleh dikenakan sebatan atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang khabar angin terutama dalam laman sosial mengenai kejadian berkenaan kerana siasatan kes masih dijalankan.

"Siasatan masih berjalan, kita masih belum tahu siapa yang salah, siapa betul.

"Orang ramai tidak sepatutnya sebar atau mempercayai khabar angin dengan sewenang-wenangnya kerana boleh menjatuhkan imej individu terlibat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana