Padan Lah Kita....Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 Henti Operasi

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, yang beroperasi semula sejak 30 Mac lepas, menghentikan operasi sejak 3 petang Isnin berikutan paras ammonia dalam air mentah meningkat ke tahap berbahaya.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata paras ammonia yang dicatat ialah 4.50 part per million (ppm), iaitu melebihi tahap piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

"Dengan penghentian sementara operasi LRA Cheras Batu 11 ini, kawasan yang mendapat bekalan air melalui LRA berkenaan mengalami catuan bekalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, pengguna diminta bersiap sedia menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa catuan.

Priscilla juga berkata Syabas akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini operasi LRA itu dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan air mentah di loji berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana