Pablo Aimar & Baihakki Khaizan 'DIPAKSA' Tinggalkan JDT

Berita sedih buat semua peminat dan penyokong JDT. Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan telah pergi meninggalkan kita. Aimar yang juga bekas pemain kebangsaan Argentina dikatakan membuat keputusan kerana beliau tidak dapat sesuaikan diri dan juga corak permainan yang dikendalikan oleh Bojan Hodak.

Manakala Baihakki pula terpaksa akur dengan keputusan Bojan Hodak yang meminta beliau tinggalkan pasukan atas alasan yang tidak munasabah. Pemain yang mempunyai lebih dari 100 caps ketika beraksi dengan pasukan kebangsaan Singapura tersebut telah dimaklumkan oleh Bojan Hodak tentang perkara ini tanpa memberi beliau sedikit ruang untuk beliau melakukan sebarang persiapan sebelum meninggalkan pasukan sebentar tadi selepas tamat perlawanan antara JDT dengan T Team sedangkan Baihakki tersenarai di bangku simpanan.

Piala AFF Suzuki yang akan menjelang pada hujung tahun ini merupakan alasan Bojan Hodak dimana Baihakki yang sering menjadi benteng utama pasukan seberang tambak ini dikhuatiri Baihakki akan terdedah dengan mengalami kecederaan yang serius.

Adakah ini suatu tindakan bijak dari Bojan Hodak??? Perkara sebegini tidak boleh dipandang enteng kerana kedua-dua pemain tersebut adalah pemain import dan ini boleh menjejaskan nama baik semua pihak yang terlibat dalam arus perubahan bola sepak Johor.

Dua perkara yang berbeza di mana Aimar sendiri mohon untuk dilepaskan manakala Baihakki pula disingkirkan tanpa dimaklumkan terlebih awal.

Tindakan yang kurang bijak dari seorang ketua jurulatih yang kononnya mempunyai rekod baik dalam pasukan dibawah kendaliannya. Saya rakyat Johor dan ini adalah hak saya untuk suarakan pendapat.

Bagi saya, ini adalah keputusan yang berbentuk 'prerogative'. Keputusan yang kurang bijak. Hasilnya bukan sekarang, virusnya akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana