Operasi carian MH370 makin meyakinkan...kapal Ocean Shield kesan bunyi macam kotak hitam sampai lebih 2 jam

Kini sudah masuk hari ke 31...sidang akhbar Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston di Perth Isnin makin beri sinar harapan pada usaha mencari MH370 di Selatan Lautan Hindi.

Ketika bateri kotak hitam yang boleh mati bila-bila masa sekarang kerana sudah lebih jangka hayat sepatutnya 30 hari,Houston berkata beliau kini lebih optimistik berbanding dengan keadaan seminggu sebelum ini.

Ini ekoran pengesanan bunyi yang konsisten dengan bunyi yang dipancarkan oleh sebuah kotak hitam pesawat di kawasan cari yang jadi tumpuan.

Harapan pada pencarian itu terus mencuri tumpuan semula bila kapal peronda China,Haixun 01 kesan sekejap bunyi berkenaan Jumaat dan Sabtu.

Khabar yang paling menarik ialah bila Houston beritahu dalam sidang akhbar itu bahawa kapal tentera laut Australia,Ocean Shield telah berjaya kesan bunyi berkenaan dua kali.

Yang pertama selama 2 jam 20 minit dan kedua selama 13 minit.
mas-map7aprilxx
"Ini adalah perrkembangan dalam 24 jam kebelakangan ini,"katanya pada sidang akhbar itu yang membuatkan kalangan wartawan pelbagai negara yang meliputinya berpusu-pusu tanya soalan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Namun dicelah berita terbaru itu,Houston berulangkali mengingatkan bahawa sebarang pengesahan tentang sumber bunyi itu hanya dapat dibuat jika serpihan MH370 ditemui.

Beliau menjelaskan proses untuk mendapat kepastian itu akan memakan masa.

Dan...jika betul itu MH370 operasi untuk mencari bangkai pesawat dan selanjutnya mungkin memakan masa berbulan-bulan.

Houston berkata mereka kini sedang berusaha mengecilkan kawasan carian hasil dari perkembangan terbaru ini.

Beliau juga memberitahu pusat operasi carian di Kuala Lumpur banyak membantu usaha usaha mereka memfokus kawasan carian yang sebelum ini begitu meluas sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana