Objek 'Terdampar' Mungkin Ada Kaitan Dengan MH370

PERTH 23 April - Pihak polis di Barat Australia telah menemui suatu objek terdampar, 10 kilometer di sebelah timur Augusta.

Dalam kenyataan rasmi yang disiarkan melalui laman rasmi Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), bukti tersebut sedang diperiksa dan disiasat oleh pihak Biro Keselamatan dan Pengangkutan Australia (ATSB).

“Gambar objek tersebut telah berjaya diperoleh, buat masa sekarang pasukan penyiasat sedang menganalisis foto itu bagi menentukan sama ada ianya mempunyai hubungkait dengan pesawat MH370 yang hilang," petik kenyataan media itu.

Setakat ini, maklumat lanjut berkenaan gambar tersebut belum didedahkan, namun pihaknya telah menyediakan salinan gambar untuk diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia.

Menurut pihak ATSB, pihaknya akan memberikan laporan penuh hasil siasatan sebaik sahaja gambar tersebut selesai diproses.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana