Obama lawat Masjid Negara dalam kunjungan ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan melawat Masjid Negara dan mengadakan sesi pertemuan terbuka  atau Town Hall di Universiti Malaya dalam kunjungannya ke Malaysia minggu hadapan.

Pada pertemuan Town Hall itu beberapa pemimpin muda negara-negara Asia Tenggara ASEAN dijangka akan turut hadir.

Selain pertemuan yang telah diaturkan  dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Obama juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin hak asasi negara ini.

Selain Malaysia, Obama juga akan mengunjungi Jepun, Korea Selatan dan Filipina sepanjang tujuh hari lawatan beliau ke rantau ini, kata jurucakap White House,  di Washington.

Menurut Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Susan Rice tiada sebarang mesyuarat atau persidangan akan dihadiri oleh Obama sepanjang satu minggu lawatannya itu.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama membatalkan lawatannya ke rantau ini tahun lalu bagi menangani krisis politik di negaranya.

“Agenda penting untuk setiap negara (dikunjungi) akan menumpukan kepada hubungan dua hala dan mengukuhkan ciri-ciri berbeza dalam strategi Amerika Syarikat di Asia,” katanya.

Obama juga akan menemui pemimpin perniagaan di Jepun dan Korea Selatan, disamping melawat kilang syarikat kereta elektrik Comet di Filipina.

Lawatan ini menyusul selepas perancangan awal pada Oktober tahun lepas terpaksa dibatalkan ekoran krisis penutupan pentadbiran kerajaan negara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana