Nurul izzah mula kritik dasar America sbb tak nak jumpa papa dia yg hebat tu!!! Booooooooo...!!!!!

Penyandang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab.

MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitmen terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”.

“Bagaimanapun, kerjasama selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah.

Katanya, Obama dalam ucapan di Kaherah turut menekankan kebebasan bersuara, keyakinan ke atas kedaulatan undang-undang dan keadilan dalam pentadbiran.

“Obama pernah berkata di Myanmar kepada pemimpin pembangkang yang ditemui beliau ‘Perubahan yang dilancarkan dari tingkat atas masyarakat harus bertepatan dengan aspirasi rakyat yang membentuk asasnya’,” kata MP itu lagi, yang juga anak perempuan Anwar.

Penasihat Keselamatan AS Susan Rice minggu lalu mengumumkan Obama tiada rancangan bertemu Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga anak sulung ketua umum PKR itu.

Menurut MP tersebut, rakyat Malaysia turut berkongsi kejayaan Obama yang baru menang pilihan raya presiden pada 2008 memandangkan Pakatan pada masa itu berjaya menggagalkan penguasaan dua pertiga BN.

“Ketika itu nampaknya perjalanan menuju demokrasi bakal mempunyai sekutu di White House.

“Apapun Obama harus tahu bahawa kami rakyat Malaysia bangga dengan momentum yang kami mulakan sejak 2008; dan terus bertekad menyudahkan apa yang kami mulakan,” kata beliau.

Walau tidak bertemu mata dengan Anwar, Obama akan menyertai satu sesi dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk aktivis pilihan raya bersih dan adil – BERSIH, NGO hak wanita Sisters in Islam dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front hari ini.

Lawatan tiga hari Presiden AS yang bermula semalam dan berakhir esok itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.

Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.

Malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana