Nik Aziz kesal niat mohon maaf disalah tafsir...Lain Macam Bunyinya

KOTA BHARU:  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa apabila niat baiknya meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini disalah tafsirkan pihak tertentu.

Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir.

“Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan,” katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana