Niat nak mengurat tapi disamun...Malang Tidak Berbau

Tindakan seorang penternak lembu dipercayai cuba mengurat dua wanita mengundang padah apabila lelaki berkenaan disamun oleh mereka di Jalan Keretapi Lama, Pengkalan, dekat sini, kelmarin.
Dipercayai, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia awal 40-an berkenaan cuba mengurat kedua-dua wanita terbabit yang berusia lingkungan 30-an sebelum mereka menyerang dan menyamun telefon bimbit milik mangsa.
Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua wanita itu berkunjung ke ladang ternakan milik lelaki berkenaan, namun mereka berang selepas dipercayai mangsa cuba melakukan perbuatan kurang menyenangkan. “Difahamkan, lelaki yang tinggal bersendirian di kandang lembu miliknya itu cuba menggoda kedua-dua wanita berkenaan sebelum mereka berpakat menyerang dan mengambil telefon bimbit mangsa.
“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke arah Pulau Sebang, di sini menunggang sebuah motosikal dipercayai pulang ke rumah mereka,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, mangsa yang gagal mengejar suspek kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah sejurus selepas kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Muhamad Laham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.
Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, dua suspek wanita berusia awal 30-an yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan ditahan di sekitar Pulau Sebang, jam 3.30 petang, pada hari sama.
“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Alor Gajah dan direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga Rabu bagi membantu siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.-Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana