Ngeri! Peniaga parah ditetak sekumpulan lelaki






Sungai Petani – Seorang peniaga cedera parah di bahagian badan dan kaki selepas diserang sekumpulan lelaki, dipercayai dengan menggunakan parang panjang di hadapan sebuah kedai kopi di Jalan Bakar Sampah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa dikatakan sedang makan bersama empat lagi rakannya di kedai kopi terbabit.Katanya, tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki menaiki enam buah motosikal sebelum salah seorang daripada mereka turun dan meluru ke arah mangsa.
“Mangsa lalu bertengkar dengan lelaki itu sebelum dia ditetak. Suspek kemudian bergegas melarikan diri.“Namun semasa hendak melarikan diri, salah seorang daripada mereka dilanggar sebuah kereta secara tidak sengaja.
“Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan bantuan rakannya tetapi meninggalkan motosikal dan parang panjang di lokasi,” katanya.Khalil berkata, setakat ini, keadaan mangsa stabil tetapi masih tidak sedarkan diri.
Katanya, difahamkan, mangsa juga gagal mengingati nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana