Ngeri! Kerana Dadah, Lelaki India Mati Ditetak Dalam Kereta

Kuala Lumpur – Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta dengan kesan tetakan di kepala, tangan dan lututnya tempat letak kereta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, kira-kira jam 2.45 petang ini.
Difahamkan, mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kereta Proton Wira terbabit.
Bagaimanapun, mangsa hanya disahkan mati ketika menerima rawatan di Hospital Selayang, pada 3.45 petang tadi.
Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai diserang empat lelaki yang dikenalinya bermotifkan kegiatan pengedaran dadah.
Selain penahanan seorang lelaki berusia 20-an, polis turut merampas sebuah kereta yang terdapat kesan perlanggaran bagi membantu siasatan kes itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana