Murahnya Pas?DiTelan PAhit Pahit Dibuang Sayang....

Perkembangan isu hudud makin panas. Terbaharu, dilaporkan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan Pas sudah mengambil langkah susulan untuk meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan biarpun mendapat bantahan sekutu Pakatan iaitu DAP dan PKR.
Ini menjadikan kesemua komponen utama dalam Pas termasuk Dewan Ulama sudah bertekad tidak mahu berganjak.

Pada masa yang sama, para pemimpin DAP dan PKR meningkatkan tekanan ke atas Pas. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa Pas meninggalkan Pakatan jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud. Wow, Pas yang telah banyak berkorban kepada pakatan mahu dihalau begitu sahaja.

Murahnya nilai Pas, seolah-olah tiada ruginya tanpa parti itu. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula mengulangi pendirian parti itu menolak hudud kerana ia bercanggah dengan konsensus yang dipersetujui Pakatan pada 2011. Kini halangan Pas, bukan lagi UMNO sebaliknya parti sekutu. Persoalannya, apakah Pas akan tunduk beralah kepada DAP dan PKR? Awang bersimpati dengan Pas tetapi yakin parti itu tidak akan menjadi dayus mengikut telunjuk DAP, yang selama ini memudaratkan kepentingan Islam.

Pada Awang, isu tersebut bukan sahaja menguji permuafakatan dalam Pakatan malah berkemungkinan membuka landskap baharu politik tanah air.
Kepada ahli-ahli dan para penyokong Pas, bangkitlah bersatu sampaikan mesej bahawa parti itu masih ada harga diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana