Muhyiddin di rumah Karpal beri penghormatan terakhir

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediaman bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin DAP itu.

Ketibaan beliau di kediaman Karpal di Jalan Utama di Georgetown pada jam 5 petang disambut ahli keluarga Karpal dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain.

Sebelum itu, Muhyiddin berkata Karpal Singh adalah seorang anggota Parlimen senior yang begitu gigih dan berani menyuarakan hal-hal berkaitan rakyat.

"Pastinya jasa beliau itu akan terus dikenang dan saya bagi pihak parti dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," katanya.

Bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam kemalangan di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurong, di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan di laluan utara itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 40-an.

Menurut polis, kenderaan Toyota Alphard MPV yang dinaiki Karpal, 74, dan empat orang lain dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek.

Sementara itu, walaupun berpegang pada ideologi politik yang berbeza, bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukut Gelugor Karpal Singh, yang maut dalam kemalangan, telah banyak menyumbang kepada negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad.

Beliau berkata Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.

"Sebahagian daripada kritikannya mungkin tidak betul tetapi ada juga yang mempunyai asas. Kita memerlukan pembangkang yang bercakap munasabah," katanya ketika mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang peguam tersebut.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampai ucaptama pada sesi meja bulat bertajuk 'Mengurus Kenaikan Kos Dalam Persekitatan Perniagaan Semasa' di Menara Matrade Khamis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana